Selaput dara atau hymen tidak akan koyak dengan perbuatan menggosok alat sulit saudari tidak membawa apa-apa kesan yang negatif. Namun dari sudut agama Islam, ia haram. Kegiatan ini atau dalam kata lain iaitu masturbasi menyebabkan seseorang itu terangsang/ghairah dan ini diikuti dengan keluaran cecair putih jernih atau air mazi.
Cecair ini adalah lelehan dari kelenjar-kelenjar Bartholin dan dinding faraj. Dalam hubungan intim, cecair ini adalah pelincir ketika hubungan seksual dan jika tiada, hubungan seksual akan mengalami kesakitan.
Tindakan menggosok alat sulit saja tidak akan membuat seseorang itu kehilangan dara. Selaput dara agak susah juga untuk terkoyak kerana ianya agak tebal. Sekiranya berlaku penetrasi/kemasukan banyak kali sama ada semasa hubungan seksual atau memasukkan sesuatu dalam faraj, mungkin selaput dara akan terkoyak.
Dalam proses melakukan saringan lumuran pap pada wanita yang belum berkahwin atau anak dara pun, selaput tidak mudah koyak.
Usah bimbang dara hilang akibat aktif bersukan. Selagi tidak pernah mengalami perdarahan di bahagian sulit semasa bersukan, terlalu kecil sekali kemungkinan untuk dara “hilang”. Kalau berlaku pun sukan yang lasak, berkuda dan berbasikal mungkin boleh menyebabkan selaput dara tercedera.
Katakanlah selaput dara saudari terkoyak semasa bersukan, persoalannya adalah saudari di kira tidak mempunyai dara? Dara akan hilang sekiranya berlaku persetubuhan dan bukannya sebab-sebab lain seperti bersukan atau masturbasi. Juga ada selaput dara yang tidak koyak semasa hubungan seksual banyak kali. Adakah mereka ini masih dara?
Tidak perlu memberitahu bakal suami sama ada dara masih ada atau tidak. Kehilangan dara tidak sama sekali mengganggu keintiman malam pertama. Kebenarannya apabila selaput terkoyak masa hubungan seksual boleh menyakitkan.
Perbuatan memasukkan jari ke dalam vagina berkemungkinan besar menyebabkan selaput dara atau hymen koyak. Ini kerana hymen adalah selaput nipis yang menyelaputi separuh dari pembukaan vagina. Ia adalah sebahagian daripada struktur yang dikenali sebagai vulva iatu kemaluan luar wanita (external genitalia).
Hymen ini mempunyai pelbagai bentuk. Bentuk yang sering ditemui ialah bulan sabit. Oleh kerana ia adalah struktur yang nipis, hymen mudah koyak.
Bukan saja akibat memasukkan jari atau hubungan seks, hymen boleh koyak ketika aktif dalam sukan. Aktiviti lasak dan ketika kecederaan pada vagina, proses memasukkan tampon ke dalam vagina juga boleh menyebabkan kecederaan pada hymen.
Assalammualaikum nak tanya... Berdosa ke kalau pecahkan dara istri guna jari?? Ada apa2 kesan ke pada istri
ReplyDelete