Monday, April 23, 2012

Kasut Idaman Wanita Yang Tak Semua Mampu Miliki...


BAGI sang pencinta sepatu, pastinya jenama Christian Louboutin antara koleksi yang mahu dimiliki mereka.

Masakan tidak, selain rekaannya yang mampu menyempurnakan setiap saiz kaki, sekali gus melengkapi gaya seseorang, kehebatan jenama ini terletak pada daya sensualiti membuatkan kaki si pemakai tampak menggiurkan.

Tidak kira sama ada anda wanita muda atau berumur, kasut Christian Louboutin mampu melengkapkan penampilan anda.

Kasut tumit tinggi Christian Louboutin dengan gaya yang istimewa dan berkualiti tinggi itu direka untuk kesesuaian majlis sama ada untuk digayakan pada majlis berprestij mahupun acara santai.

Reka bentuknya juga membuatkan kaki anda dapat bergerak seperti biasa dan tanpa sekatan. Outlet Christian Louboutin yang paling dekat ialah di Singapura.

Namun begitu anda boleh mendapatkan koleksi kasut Christian Louboutin terus ke rumah anda dengan pembelian secara online.

Justeru, tidak hairanlah mengapa jenama Christian Louboutin menjadi pilihan kebanyakan selebriti antarabangsa. Cukup tampil ‘minimalist’, sepatu itu memainkan peranannya untuk tampak lebih dramatik.

Di Malaysia, artis tempatan yang sinonim dengan jenama itu adalah Fazura, Datuk Siti Nurhaliza, Ziana Zain dan Yuna. Barangkali, ramai selebriti yang memilikinya.

Harga sepasang boleh mencecah harga 600 pounds (RM3,000). Bagi sesetengah rekaan khas atau edisi terhad ia lebih mahal daripada harga berkenaan.

Trademark kasut ini, semua jenis kasutnya bertapak warna merah.

No comments:

Post a Comment

WADDASMELL??