Wednesday, April 4, 2012

Mangsa Rogol Bergilir-gilir Meninggal Dunia Di Ukraine...


Seorang gadis, yang menjadi mangsa rogol dan dicederakan dengan teruk oleh penyerangnya, meninggal dunia selepas beberapa hari dia mendedahkan kesengsaraan yang dialaminya itu dalam rakaman video yang kemudiannya dimuat naik dalam internet.

Dalam rakaman berkenaan, Oksana Makar dengan tabahnya menceritakan bagaimana dia dirogol, dicekik dan dibakar oleh tiga lelaki sehingga 55 peratus kulitnya melecur.

Video berkenaan dirakamkan oleh ibunya di hospital selepas sebelah tangan dan dua belah kakinya terpaksa dipotong oleh doktor dalam usaha menyelamatkan nyawanya.

Namun selepas dua minggu dia bertarung nyawa, akhirnya gadis berusia 18 tahun itu meninggal dunia akibat luka terbakar dan kerosakan di bahagian paru-parunya.

Rakaman itu dibuat selama lebih satu minit dan dimuat naik ke internet awal bulan ini.

Biarpun dalam keadaan tertekan, namun Oksana berjaya menceritakan kejadian berkenaan dan turut meminta supaya kemaluan suspek penyerangnya itu dipotong lalu diberikan kepada anjing.

Dua daripada suspek kes itu dikenal pasti sebagai Maxim Prisyjnikov, 23, dan Artyon Pogosyan, 21.

Kedua-dua mereka merupakan anak kepada pegawai tinggi kerajaan Ukraine.

Dalam kejadian itu, Oksana mendakwa dia telah dijemput oleh Prisyjnikov dan Pogosyan ke rumah rakan mereka, Yevgeniy Krasnoshek.

Selepas dirogol, Oksaba mendakwa mereka cuba membunuh dengan mencekiknya sebelum dia dibalut dengan kain, dan dibuang ke tempat pembinaan, lalu dibakar.

Oksana bagaimanapun ditemui masih bernyawa oleh seorang lelaki pada keesokan harinya selepas mendengar dia mengerang kesakitan.

Ketiga-tiga suspek kemudiannya ditangkap namun disebabkan kekurangan bukti, mereka telah dibebaskan.

Menurut pendakwaraya, mereka tidak menyoal Oksana kerana dia tidak sedarkan diri walaupun ibunya beberapa kali menegaskan anaknya mampu bercakap.

Kejadian berkenaan menggemparkan Ukraine seingga mencetuskan protes di kalangan penduduknya yang menyifatkan polis menerima rasuah apabila dua suspek yang juga anak pegawai kerajaan dibebaskan.

No comments:

Post a Comment

WADDASMELL??