Friday, July 20, 2012

Nenek Rayu Jangan Dirogol, Giler Seks Ker Apa!!!...


“Tolong jangan rogol saya, saya sudah tua.”

Demikian rayuan seorang warga emas, Chan, 70, untuk menyelamatkan diri selepas menyedari seorang penyamun cuba merogolnya di rumahnya di Kampung Ulu Perting, dekat sini.

Nasib menyebelahinya apabila rayuannya didengari menyebabkan penyamun itu membatalkan hasrat untuk merogol, tetapi bertindak menjerut lehernya menggunakan tali hingga pengsan.

Dalam kejadian lebih kurang jam 11 malam itu, Chan bersendirian menonton televisyen di ruang tamu, manakala suaminya, Yim, 75, sedang tidur di dalam bilik.

Menurutnya, ketika itu dia terdengar bunyi mencurigakan di bilik tidur anak perempuannya.

“Saya terus menuju ke bilik itu dan memetik suis lampu untuk melihat apa berlaku. Namun terkejut apabila mendapati seorang lelaki berpakaian celoreng dengan penutup muka sedang mengacukan senapang tepat ke muka saya,” katanya.

Leher dijerut hingga pengsan

CHAN berkata, suspek dipercayai masuk ke dalam bilik tidur anak perempuannya itu melalui tingkap yang dipotong.

Menurutnya, suspek juga cuba merogolnya, namun dia tidak jadi berbuat demikian selepas dirayu.

“Suspek kemudiannya bertindak menjerut leher saya menggunakan tali dibawanya. Saya tidak sedarkan diri sehingga terasa simbahan air hingga basah seluruh badan,” katanya.

Chan berkata, suspek dipercayai pergi ke dapur untuk mengambil air sebelum bertindak menyiram air ke muka dan seluruh anggota badannya menyebabkan dia sedar daripada pengsan, namun ketika itu dia mendapati suspek sudah menghilangkan diri.

Menurutnya, selepas kejadian itu, dia hanya mendiamkan diri sehingga keesokan paginya kerana tidak mahu mengganggu suaminya tidur.

“Suami bertindak membuat laporan polis berhubung perkara itu sebelum pasukan penyiasat datang ke kediaman kami.

“Leher saya masih sakit dan terdapat kesan merah akibat jerutan itu.

Tetapi saya lega kerana tidak diapa-apakan suspek,” katanya.

Dia berkata, setakat ini dia dan suami masih belum dapat mengesan barangan yang hilang memandangkan suspek menggeledah bilik anak perempuannya yang kini bekerja di Melaka.

No comments:

Post a Comment

WADDASMELL??