BOGOTA: Seorang kanak-kanak Colombia berusia 10 tahun mencetuskan kemarahan selepas dia menjadi antara ibu paling muda di dunia setelah melahirkan seorang anak perempuan.
Kanak-kanak itu, anggota suku kaum Wayuu di Semenanjung La Guajira, mengandung 39 minggu apabila menjalani pembedahan Caesarean.
Ia kali pertama kanak-kanak itu yang berasal dari bandar Manaure, mengunjungi doktor berhubung kehamilannya.
Dia dilapor tiba di hospital itu dalam keadaan berdarah sambil menangis kerana kesakitan disebabkan deria untuk bersalin.
Doktor mengambil keputusan untuk menjalankan pembedahan yang mengancam nyawa kanak-kanak itu kerana usianya. Bagaimanapun, kanak-kanak itu dan anaknya yang hanya seberat lima paun, sihat walaupun si ibu enggan menyusukan bayinya.
Mereka kini berada di hospital yang lokasinya tidak didedahkan.
Walaupun polis Colombia boleh mengenakan tindakan undang-undang terhadap si bapa atas tuduhan melakukan seks bawah umur, perlembagaan negara itu menjamin autonomi masyarakat Wayuu.
Ia membenarkan suku kaum itu mengekalkan kedaulatan mereka dan beberapa warisan budaya yang antaranya melahirkan anak ketika usia amat muda.
Namun, suku kaum itu enggan mendedahkan identiti si bapa. Beberapa akhbar Colombia meramalkan dia berusia 15 tahun. Ada yang percaya dia berusia 30 tahun.
Kes itu diselar oleh Pengarah Hospital tempat kanak-kanak itu bersalin.
“Ini bukan kali pertama kami menerima kes seperti ini. Kanak-kanak itu sepatutnya bermain anak patung, tetapi sebaliknya, mereka menjaga anak mereka,” kata Efrain Pacheco.
No comments:
Post a Comment